Tips penjagaan muka glowing persis korea dalam 3 hari


Penjagaan kulit secara amnya adalah sangat penting sebab kulit merupakan organ terbesar bagi manusia.

Lagipun, itu sajalah yang kita nampak secara luaran terutamanya bahagian muka. Kan?

Ada sesetengah orang berpendapat
"Eh biarlah muka aku macam mana pun, janji hati aku cantik, hati aku baik".

Iya betul. Saya sokong 100% yang arifff, tapi bukan ke lebih baik kalau kita cantik luar cantik dalam? Dalam islam pun Allah tidak pernah melarang hambaNya untuk mencantikkan diri.

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan."
(Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).

Sebenarnya, ada banyak sebab untuk kita menjaga kecantikan kulit muka. Antaranya adalah nikmat kesihatan dan keyakinan diri.

Bayangkan kalau muka kita penuh dengan jerawat, bukan ke jerawat itu pedih? berdenyut? Dan bukan ke memiliki muka licin, putih dan glowing tanpa make-up itu suatu nikmat yang boleh meningkatkan tahap keyakinan diri sendiri? 

Zass Zass cepat je keluar rumah tanpa mekap 10inci.

Well, kecantikan itu subjektif. Ada yang nak cantik demi diri sendiri, ada yang nak cantik demi orang lain. Apa pun sebabnya, disini saya kongsikan beberapa petua untuk mendapatkan kulit muka putih, glowing dan licin persis artis korea.






1. CUCI MUKA SEBELUM TIDUR

Pastikan kulit muka bebas dari sebarang kotoran termasuklah sisa mekap, debu atau apa saja sebelum tidur untuk mengelakkan terjadinya pelbagai masalah kulit.

Sebenarnya kulit kita akan exfoliate(bersalin kulit) secara semulajadi ketika kita tidur. Sel kulit mati akan tertanggal dan diganti dengan yang baru tapi kalau kulit kita waktu itu penuh dengan kotoran dan make-up, kemungkinan proses tadi akan terganggu.

Selain daripada itu, sisa kotoran tadi akan menyebabkan pori/liang muka tersumbat. Takungan kotoran tadi memang akan menjadi port lepak geng bakteria dan menjadi punca pori besar, blackhhead dan jerawat.

Menurut pemerhatian saya, orang korea menggunakan air suam ketika mencuci muka dan membilas dengan air sejuk untuk mengecilkan pori. Jadi, tak salah mencuba kan?


2. SCRUB

Tindakan scrub muka sangat digalakkan untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan segala kotoran di pori. Walau bagaimana pun, menggunaan scrub terlalu kerap tidak digalakkan kerana dapat merosakkan lapisan kulit luar yang membekalkan lembapan semulajadi punca kulit kering

Jadinya untuk amalan scrub ini, sebaiknya adalah mengikut saranan seperti yang dibawah

1. Scrub 2-3 kali seminggu
2. Memilih scrub yang mempunyai bijian yang halus dan lembut
3. Menggosok scrub secara perlahan.


3. ELAKKAN MENYENTUH MUKA

Seperti yang dikongsi, jerawat sebenarnya berpunca daripada kuman/infeksi pada kulit. Kalau perasan, sebenarnya tangan kita adalah antara anggota yang mempunyai banyak kuman disebabkan sentuhan dengan benda dan persekitaran sekeliling.

Jadi kalau dapat, latihlah diri untuk tidak memegang kulit muka tanpa mencuci tangan terlebih dahulu bagi mengelakkan perpindahan kuman berlaku.


4. BANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYURAN

Rahsia kulit glowing berselindung dibalik kecukupan nutrisi dalam tubuh badan. Apabila badan kita cukup keperluannya, segala organ dapat berfungsi dengan baik dan ia jelas terpancar melalui kulit.

Antara makanan yang baik untuk kesihatan kulit adalah:


o   Buah Anggur

Mengandungi tinggi antioksidan yang berfungsi untuk melembabkan kulit, melawan radikal bebas dan memberikan kesan awet muda. Biji anggur juga bermanfaat untuk mengelakkan infeksi kulit punca bermacam masalah kulit.

o   Orange

Kandungan Vit C yang tinggi membantu meningkatkan imuniti badan untuk mencegah sebarang penyakit. Vit C juga berfungsi dalam menggalakkan pembentukan kolagen semulajadi supaya kulit cerah sekata dan mengurangkan kedutan.

o   Aprikod

 Kaya dengan Vitamin E, Vit C dan lemak yang baik untuk tubuh.

o   Biji Labu

Di dalam biji labu mengandung selenium yang bermanfaat dalam menghilangkan atau mencegah jerawat dan melembabkan kulit. Kekurangan selenium di dalam tubuh boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat dan kering

o  Bawang Putih

Kandungan zat allicin di dalamnya berfungsi untuk melawan bakteria dan virus. Jadinya ia sangat sesuai untuk mencegah pembentukan jerawat disebabkan bakteria disamping mengecutkan dan mengurangkan keradangan jerawat sedia ada.


o   Kacang soya

Kaya dengan antioksida, kalsium dan protein yang bertindak seperti simen. Ia membaiki tisu/sel kulit yang rosak.



5. PENGGUNAAN MASKER

Sepertimana penjagaan makanan akan memberi kesan menyeluruh kepada tubuh yang kemudiannya terpancar melalui kulit, penggunaan masker pula sebaliknya.

Ia lebih bersifat fokus. Maksudnya, hanya kulit yang diaplikasi masker akan mendapat manfaatnya. Namun begitu, kesannya adalah lebih cepat kerana kawasan kulit tadi (contoh, muka) akan menyerap 100% manfaat vitamin yang terdapat didalam masker.

Terdapat banyak jenis masker di pasaran dan ia amat mudah didapati dimana-mana kedai kecantikan seperti Watson, Guardian, dan lain-lain.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa tips dan pantang larang dalam pemilihan masker mengikut jenis-jenis kulit.

Kulit berminyak dan berjerawat
Pilih jenis clay mask untuk menyerap lebihan   minyak punca jerawat
Sesuai gunakan peel-off masker untuk menarik   keluar kotoran di pori

Kulit kering dan bersisik
Gunakan masker yang memberi nilai tambah “Hydrating”
Elakkan menggunakan sebarang masker seperti yang dinyatakan dalam kategori masker untuk kulit berminyak seperti yang di atas.


6. DETOX

Secara purata tubuh kita mengandungi beratus toksin hasil serapan daripada persekitaran (debu, asap kenderaan, pembakaran dan lain-lain), kosmetik, bahan kegunaan harian (sabun pencuci) dan makanan seharian yang diproses dengan pelbagai bahan pengawet.

Namun begitu, ciptaan Allah adalah cukup sempurna dimana kita mempunyai 5 organ untuk menyah toksin iaitu hati, paru-paru, usus, buah pinggang dan kulit. Kebolehan dan kadar toksin yang dibuang oleh organ ini adalah bergantung pada prestasi kesihatan setiap satunya.

Jerawat dan kulit kusam berupakan beberapa petanda bahawa kadar toksin dalam badan adalah tinggi.

Untuk mengelakkannya, kita harus membantu melancarkan proses detoksifikasi yang dijalankan oleh organ-organ yang disebutkan tadi.

Antara makanan yang berupaya me’nyah’ kan toksin adalah:
·       Epal
·       Avokado
·       Blueberry
·       Kobis
·       The hijau
·       Saderi
·       Bawang putih
·       Lemon
·       Rumpai laut


Di atas merupakan beberapa tips ataupun petua paling terkenal dalam usaha untuk mendapatkan kulit muka glowing dan flawless seperti artis korea.

Namun sebagai manusia yang serba nak cepat, mudah dan praktikal, saya memilih untuk mengamalkan set kecantikan shaklee sebagai gantian kepada buahan, scrub, masker dan proses detoksifikasi.

Antara sebab saya memilih produk Shaklee sebagai ganti adalah


  • Kandungan produk yang 100% semulajadi, tanpa pengawet dan sebarang kimia merbahaya
  • Setiap produk dihasilkan dimakmal oleh saintis terkemuka setelah beberapa tahun kajian
  • Setiap produk diuji oleh pihak ketiga (University of California at Berkeley) sebelum dipasarkan ke pasaran.

Ini membuatkan saya lebih yakin untuk menggunakannya tanpa bimbang akan kesan sampingan.

Walaupun setiap satunya berbentuk kapsul/ serbuk ataupun cecair untuk dimakan, ianya boleh digunakan secara luaran juga.

Disini saya sudah jimat wang dan masa sebab tak perlu lagi untuk berbelanja pelbagai jenis masker dan scrub dipasaran yang harganya agak mahal.

Saya juga tidak perlu berperang didapur untuk berDIY masker dan scrub semata-mata untuk memastikan setiap produk adalah selamat.

Saya kongsikan testimoni diri sendiri setelah menggunakan set kecantikan shaklee.














Sebenarnya saya memang dalam kategori mereka yang mempunyai warna kulit yang putih. Cuma bezanya kalau boleh nampak disini adalah ianya kusam, berminyak, warna kulit tak sekata dan sedikit jerawat.

Berikut merupakan amalan saya dalam usaha untuk mendapatkan kulit glowing, putih flawless tanpa sebarang parut jerawat.


Supplement pilihan ( Alfafa + Vitamin C + Vitamin E)
Supplement pilihan, ESP


1. DETOX (ALFAFA)

Saya mengambil alfafa sebagai agen detok semulajadi untuk membersihkan dalaman dari toksin. 

Apabila toksin berkurang, organ dapat berfungsi dengan lebih baik dan secara tidak langsung kadar penyerapan khasiat dari pemakanan kita akan meningkat.
 
Alfafa merupakan sejenis tumbuhan renek seakan-akan taugeh tetapi mempunyai akar yang menjalar sehingga 3 meter kedalam tanah.


Alfafa


Oleh itu ia sangat kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin yang sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh.

Antara kerisauan orang perempuan apabila ingin melakukan detox adalah takut ia memberi kesan sampingan kepada bayi susuan. Namun tidak bagi alfafa. Malah ianya lebih baik kerana mempunyai kesan milkbooster dan bertindak seperti kacip Fatimah.

Saya gelar alfafa sebagai kacip Fatimah versi moden☺


    2. VITAMIN C

Ramai yang mulai sedar akan kepentingan vitamin C untuk kesihatan menyeluruh dan kecantikan.

Vitamin C sangat penting, namun kita terpaksa mengambilnya melalui pemakanan kerana badan kita tidak mempunyai kebolehan untuk menghasilkannya.

Secara purata, kita memerlukan 500mg- 2000mg sehari untuk kesan optimum. Kalau dibandingkan keperluan seharian yang diperlukan, ia bersamaan 7 biji oren bagi setiap 500mg.

Ohh sungguh saya tak mampu menelan buah sebanyak itu.😅

Apa yang menariknya tentang Vitamin C Shaklee adalah, ia mempunyai teknologi sustained released (perlepasan secara perlahan/berperingkat). Maksudnya dalam setiap kapsul 500mg, hanya 100mg akan melarut dalam badan bagi setiap jam dalam tempoh 5jam.

Ini adalah untuk memaksimakan kesan vitamin C terhadap tubuh kerana badan kita hanya mampu menyerap 100-200mg setiap jam dan yang selebihnya akan dibuang melalui air kencing.

Jadi macam mana pula kalau kita ambil tablet yang mempunyai 500-1000mg vitamin C tanpa teknologi perlepasan berperingkat ini? Cuba teka.



   3. VITAMIN E

Vitamin E Shaklee adalah ekstrak daripada biji anggur yang turut diperkaya dengan selenium.

Kalau kita rujuk semula pada senarai makanan yang baik untuk kulit, Vitamin E Shaklee menggabungkan manfaat daripada buah anggur dan biji labu yang turut kaya dengan selenium.

Vitamin E ini saya makan untuk kesan awet muda, melembabkan kulit, memudarkan parut jerawat, menggelakkan sunburn setelah seharian berjemur.


 4.  ESP (Energized Soy Protein)

Diatas tadi sudah dikongsikan tauhu bagus untuk kulit kan? Ia nya bagus kerana kandungan dan manfaat soyanya. Jadinya saya memilih untuk mendapatkan manfaat soya tauhu melalui ESP.

ESP merupakan serbuk soya yang dikisar daripada kacang soya asli.

Jangan terkeliru ya dengan kacang soya dipasaran yang telah diolah sejak dari benih untuk mempercepatkan proses pertumbuhan, membanyakkan hasil dan mengurangkan kerosakan.

Secara saintifik, soya asli digelar NON-GMO (Non- Genatically Modified) dan dipasaran kebanyakkannya adalah GMO.

Bahasa mudahnya, tempe dan tauhu adalah soya asli tanpa sebarang pengubahsuaian kan? Ya, itulah soya yang digunakan dalam ESP. Jadi sememangnya ESP tidak mempunyai kesan sampingan melainkan yang baik-baik saja.

ESP sangat kaya dengan protein yang berfungsi membaik pulih sel. Jadi, segala lubang parut kesan jerawat bakal ditarah rata oleh pembentukan sel baru.

Pembaik pulihan sel kulit ini bakal membuatkan kulit putih cerah sekata tanpa kusam, flawless tanpa parut dan lembab.

Antara resepi masker DIY versi Shaklee yang saya amalkan adalah        


(gambar adalah ehsan Mr Google)
Masker Vit C + Vit E
Sebiji Vitamin C dibelah 3, ambil 1 bahagian dan hancurkan dengan sudu
Cucuk kapsul Vit E dan campurkan keduanya

Masker Alfafa
Sebiji alfafa dihancurkan dan dibancuh dengan sedikit air sebelum disapukan ke muka
Masker ESP+Yogurt
Sesudu ESP dibancuh dengan 2 sudu yogurt


Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Boleh contact Mama Ariana. Nak mudah WhatsApp je Klik link ini.

JAMINAN KAMI


Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  1. Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  2. Semulajadi
  3. Berkesan
  4. Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 100 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  5. Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

MENGAPA SAYA?

Saya ialah Mama Ariana yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Mama agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Mama juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.


NAK BELI SET SHAKLEE



Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  1. belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  2. belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1241440) 
  3. hubungi Mama Ariana di talian WhatsApp +60196687416 (Diana Ismail) untuk sebarang bantuan / belian


Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 


Daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan 15-25%.

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, NUR IMAN EMPIRE (NIE) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Mama Ariana. Hubungi mama untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Diana Binti Ismail (Mama Ariana)
SMS/WhatsApp : +60196687416




Comments

  1. skrg banyak comestic boleh manufacture secara OEM, banyak quality pun tak brp baik.
    Jangan lupa dapatkan Prudential Medical Card dekat sini ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Post