CARA BUAT UJIAN KEHAMILAN

CARA BUAT UJIAN KEHAMILAN


Hola Hola Holaaaaa,

Excited ui tulis 2nd post ni, duduk la bertapa kejap bersila kejap bersilat nak cari idea menulis ni. Ehem, bukan takde idea hokeyy tapi taktau nak tulis camna. Nubis kubis la katakannn..masih perlu disalai jarinya buat kuah lemak biar lembut biar umphhh😂

Kat entry ni izinkan daku pacai yang hina ni share sikit pasal ujian kehamilan, camna nak tau samade wujud zuriat penyambung keturunan kiut miut dalam rahim kita. Ni untuk new mom macam mama jugak ye, yang dah expert tu boleh pejam mata jela. 😜

Sharing is based on my own experience.

Ujian kehamilan atau bahasa omputehnya pregnancy test ni kita check guna UPT kits (Urine Pregnsncy Test). Alah, kat kedai farmasi, guardian, watson ataupun kedai runcit pun ada jual.

UPT kits


Kits kalau takat yang biasa camni, RM5 aje. Dulu-dulu masa mama nak test, habis dekat seratus beli sampai 3 UPT kits kengkonon nak yang canggih dan lain-lain jenis. Iyalah, kot-kot tak tepatkan. 

Rasanya tak perlu kot, cukup sekadar beli yang biasa ni. Tepat juga.

Meh mama listkan step acaner nak test.

1. Kencing dan tadah sedikit air kencing tadi dalam bekas.
2. Titiskan air keramat tadi ke bahagian yang dinyatakan.(Bergantung pada kits yang mak mak beli jugak. Ada yang rendam, ada yang titis )
3. Tunggu untuk beberapa saat/minit seperti yang dinyatakan kat kotak kits tadi.
4. Check samada positif atau negatif berdasarkan jumlah line yang muncul lepas masa tadi.

       Keputusan kehamilan


Umumnya, positif bermaksud hamil dan negatif bermaksud tidak. 

Tapikannnn, ada kes yang line merah muncul tapi sangat pudar sampaikan kita was-was ehhh betul ke kan. Hah, sebenarnya kits ni dapat tau kita preggy atau tak based on hormon HCG dalam air kencing kita tadi. Hormon ni cuma wujud kat preggy woman je.

Graf kepekatan hormon HCG berdasarkan umur kandungan

Semakin meningkat usia kehamilan, semakin pekat/tinggi kandungan hormon HCG. So, mommies suma takyah risau deh..kalau rupa camtu, tinggi kemungkinan adalah awak preggy cumanya hormon tadi tak berapa tinggi. Mungkin sebab awak check terlalu awal.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan mainan perasaan aku preggy ke tak, sebaiknya test pada awal pagi, kurang/elak minum air sebelumnya dan test seminggu selepas lewat period.

Sentiasa ingat tau mommies, kita ni tau serba serbi badan sendiri. Kalau awak check jadi negatif tapi rasa badan lain macam, tunggu beberapa hari kemudian dan test sekali lagi.

Yang positif tu dah confirm preggy, yang negatif ni boleh jadi mommies masih ada kemungkinan sebenarnya preggy.

Bila da kali ke dua check masih negatif, maksudnya tidak la tu.

Jangan lupa share result UPT kat komen ye..kan sharing is caringggg😚

Semoga bermanfaat!😊

Comments

  1. Assalamualaikum.... Sy just nk share.... Sy ada ke klinik kkia cadangnya nk buat buku... Sbb sy buat upt tp samar2.... Sebelum buat buku tu hari2 sy buat upt..hasil tetap sama.... Sy ke klinik swasta btau doc ckp walaupun samar2 ianya tetap dikira +ve.... Simptom2 pun sy ada... Cuma loya tu kurang la... Yg lain cramp perut, sakit pinggang, blkg, semua ada.. Scan pun xnampak apa lg.. Cuma ada cyst di bhgn kiri ovari. Kemudian selang 1 minggu selepas ke klinik swasta (dlm kiraan sy 7 minggu 5hari) sy ke kkia.. Tetapi sebelum tu sy hari2 check upt.. Masih lg samar sgt.... Jadi beranikan diri jelah walaupun perasaan tkut membuak2... Dari pagi smpai ptg sy menunggu utk jmpa doc.. Sekali scan ptg tu doc ckp xde nampak apa.. Lama jugak laa dia belek. Lastly dia ckp nmpak samar ketulan darah kemungkinan nk uzur. Dia mnta sy buat upt.. Hasil - ve.. Kecewa.. Lg 2 minggu dtg jmpanya utk tgk.. 3 hari lepas check di kkia sy buat upt sendiri dirumah xsampai 5 minit naik samar sgt.... Sy dh lewat uzur 31 hari... Last period pun bln sept 2020..adakah sy ada harapan preggy..... 😔

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Post