FUNGSI VITAMIN C DAN KEPERLUANNYA.
Assalammualaikum, Haii sahabat Mama Ariana yang dikasihi.
Dalam post ini, mama terpanggil untuk share beberapa info mengenai vitamin c. Mama perasan yang makin ramai yang sedar kepentingan pengambilan Vitamin C.
Disini mama akan menjawab beberapa persoalan.
Apakah sebenarnya Vitamin C ?
Vitamin C adalah antara jenis vitamin terpenting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk melindungi sel daripada radikal bebas, dan memastikan setiap organ tubuh berfungsi dengan baik.
Namun begitu, tubuh manusia sebenarnya tak boleh menghasilkan vitamin C sendiri secara semulajadi. Jadinya, kita terpaksa bergantung pada sumber luar untuk menampung keperluan samada melalui oral atau suntikan.
Apakah fungsi/manfaat/kegunaan vitamin C?
Fungsi utama Vitamin C adalah untuk pertumbuhan dan membaik pulih tisu di setiap organ tubuh badan.
Selain itu, vitamin C diperlukan penghasilan Kolagen semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah , tendon, ligaments , tulang , gigi ,rambut dan kulit.
Antara fungsi lain adalah:
- Mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah
- Mencegah batu karang didalam pundi hempedu (Gall Stone)
- Sebagai Anti Oksidan yang penting.
- Pemulihan luka dan melecur.
- Pembinaan colagen dalam badan.
- Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
- Membantu penghasilan hormon.
- Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
- Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
- Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
- Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
- Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
- Membantu memelihara kulit yang sihat , glowing tanpa jerawat dan putih cerah.
- Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
- Membantu mengawal dan mengurangkan selsema.
Apakah kesan sampingan akibat terlebih (overdose) pengambilan vitamin c?
Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air, dimana ia tiadak dapat disimpan dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa. Secara purata, badan kita hanya mampu menyerap kira-kira 200mg /jam.
Kadar serapan oleh tubuh bagi setiap jam |
Sebagai contoh, setiap tablet vitamin c yang kita makan mempunyai dosage sebanyak 1000mg. Disebabkan badan hanya mampu menyerap 200mg pada waktu tersebut, 800mg dari jumlah tadi sudah dikira sebagai lebihan.
Disebabkan vitamin c amat mudah melarut dalam air, lebihan tadi akan dengan mudahnya disingkirkan melalui air kencing.
Jadi? Tiada kesan sampingan buruk. Yang ada hanyalah pembaziran dari segi kewangan dan manfaat yang tidak dimaksimakan.
Berapakah dosage yang diperlukan setiap hari?
Dosage/jumlah vitamin c yang diperlukan tubuh bergantung pada umur, jantina dan keadaan seseorang (mengandung dan menyusukan)
Rujuk pada jadual (UL,mg),
Kalau diperhatikan disini, kuantiti yang diperlukan adalah bertambah seiring dengan pertambahan umur. Ini kerana risiko kesihatan semakin meningkat apabila kita dewasa dan tua.
Ibu mengandung dan menyusukan juga memerlukan lebih banyak vitamin C untuk disalurkan kepada bayi.
Apakah kesan kekurangan vitamin c? Adakah ia merbahaya?
Iya. Ini kerana vitamin c diperlukan oleh tubuh untuk kelancaran fungsi organ sehingga ketahap sel. Sel adalah komponen asas bagi setiap organ dan bahagian tubuh. Bukan ke banyak masalah akan timbul sekiranya perkara dan keperluan asas itu sendiri tak lancar/cukup?
Berikut adalah antara kesan buruk akibat kekurangan vitamin c:
Kesan kekurangan Vitamin C |
Kesan kekurangan vitamin c |
Apakah sumber makanan sumber vitamin c?
Sumber vitamin c dan kandungannya bagi setiap satu |
Disini kita boleh lihat beberapa jenis makanan sumber vitamin c dan kandungannya bagi jumlah tertentu.
Jika diperhatikan, setiap hidangan hanya mempunyai jumlah vitamin c kurang daripada 100mg. Secara logiknya, kita terpaksa memakan banyak makanan ini secara berterusan dalam sehari untuk mencapai keperluan 2000mg oleh tubuh.
Wowww. Banyaknya!😞
Ingin mama kongsikan satu alternatif lain bagi mendapatkan keperluan vitamin c tanpa perlu menyumbat sebegitu banyak makanan dalam sehari.
Itu akan melibatkan masalah kos perbelanjaan yang tinggi, kembung perut, usaha penyediaan makanan dan tahap kecekalan untuk konsisten setiap hari. Lecehnya. Kenapa tetiba bunyi macam susah sangat nak pastikan badan dapat cukup vitamin pula ni?😓
Alternatif mudah, jimat, berkesan..Malah berani jamin LEBIH BAIK→ SUSTAINED RELEASED VITAMIN C BY SHAKLEE.
Ini adalah pengalaman mama sendiri. Sejujurnya sebelum ini mama dah pernah makan banyak jenis vitamin c namun kesannya agak menghampakan.
Antara sebab utama mama benar-benar mencari dan mencuba pelbagai jenis supplement sebelum ini adalah:
- Bertenaga - ketika itu mama bekerja sambil belajar, jadinya purata tidur sehari adalah hanya 3 jam.
- Perbaiki keadaan kulit - Bekerja dalam keadaan terdedah dengan pancaran matahari dan habuk (construction)
Namun segalanya berubah apabila suami mama menghadiahkan sebotol vitamin c shaklee ketika dalam pantang selepas melahirkan.
Rupanya sebenarnya suami mama sudah lama mengamalkan vitamin c shaklee walau sebelum bernikah. Botol yang tersusun di almari, di buka dan dimakan oleh suami setiap hari tanpa dihiraukan si isteri akibat steoriotaip,
"Semua sama saja. Aku dah cuba macam-macam, tak ada kesan pun. Membazir. Tipu. Tak bagus"
Sangat mengkagumkan bila seorang lelaki lebih tahu perihal supplement. Katanya bagus dan mula ceritakan pelbagai kelebihannya.
Antara "wow factor" yang mama rasai sendiri setelah 3 minggu penggunaan adalah,
- Luka bersalin cepat kering
- Kulit tidak kusam
- Kulit muka nampak lebih cerah/putih
Kelebihan dan perbezaan vitamin C shaklee:
1. Sustained released technology
Kapsul vitamin c shaklee telah dirumus supaya mempunyai kadar pelarutan/serapan ke dalam badan dan saluran darah secara berperingkat.
Jika kita rujuk semula pada topik "kesan overdose" diatas, ia ada menyatakan bahawa badan kita hanya mampu menyerap 200mg vitamin c pada setiap jam.
Jadinya untuk memastikan setiap pengguna vitamin c shaklee mendapat kesan yang maksimum, hanya 100mg vitamin c akan terlarut bagi setiap jam selama 5 jam (1 tablet = 500mg).
Ini bermakna, kita menerima bekalan vitamin c selama 5jam berterusan bagi sebiji tablet. Kita juga dapat menerima 100% manfaat daripada vitamin c itu tadi.
2. Diperbuat daripada ekstrak jagung
Selain daripada itu, kebanyakan vitamin dari sumber buah citrus mempunyai kandungan asid yang agak tinggi. Hal ini boleh menyebabkan masalah gastrik dan cirit birit sekiranya diambil secara berlebihan.
Vitamin c dari ekstrak jagung adalah lebih lembut pada perut kita.
3. 1 tablet = 7.5 biji oren, 7 biji kiwi, 7 cawan strawberry
Kandungan vitamin c dalam setiap tablet adalah bersamaan dengan 7.5biji oren, 7 biji kiwi dan 7 cawan strawberi.
Jadi, memilih untuk mengambil supplement sebagai tambahan sumber keperluan vitamin c adalah lebih praktikal dan mudah.
4.Kandungan bioflovonoid
Selain itu juga, setiap tablet Vitamin C Shaklee, mengandungi 120mg bioflavonoid dan 25% bioflavonoid ini diekstrak daripada kulit buah yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex.
Apa fungsi vitamin C complex ni? Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh badan kita serta bertindak sebagai anti-radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser.
Ia juga dapat mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin C, dan mengelakkan vitamin C dari cepat teroksida dan merosakkan sel.
Tiada sebarang daily allowance (had yang dibenarkan untuk sehari) ditetapkan, namun majoriti pakar nutrisi bersetuju bahawa untuk setiap 500 mg vitamin C, kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 mg bioflavonoid.
Ia boleh didapati dengan mudah pada serat berwarna putih pada buah-buahan sitrus (yang mama yakin ramai juga akan cuba membuangnya seberapa banyak yang boleh sebelum makan buah tersebut), aprikot, beri hitam, ceri dan rose hips.
5. Sumber 100% Semulajadi
Kebanyakan vitamin c dipasaran adalah bersumberkan sintetik ataupun kimia. Dimana komponen-komponen kimia disusun dan ubah di dalam makmal untuk bertindakbalas menghasilkan vitamin C.
Manakala, vitamin c shaklee diproses menggunakan 100% bahan semulajadi iaitu buah-buahan.
Untuk lebih pemahaman, mama sertakan pembandingan antara keduanya seperti berikut:
Bahan-
Semulajadi: Bahan pembuatan sudah tentunya diekstrak dari tumbuhan atau akar kayu/sumber semulajadi
Sintetik: Bahan pembuatan adalah berasaskan bahan kimia
Harga-
Semulajadi: Harga selalunya tidak terlalu mahal dan juga tak terlalu murah (kerana sumber yang semulajadi dan berkualiti)
Sintetik: Harga selalunya lebih murah kerana bahan asas ialah bahan kimia,bukan sumber semulajadi
Pek silica-
Semulajadi:
Tidak memerlukan pek ‘silica gel’ dalam botol vitamin kerana tiada
perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet
Sintetik: Mengandungi pek kecil ‘silica gel’ dalam botol vitamin (yang macam biji2 dalam kasut tu)
Sumber-
Semulajadi: Nama sumber adalah ditulis nama asli seperti fish oil, soy beans, citrus, alfafa dan sebagainya
Sintetik: Nama sumber mengandungi ‘-ate’ atau ‘-ide’ seperti acetate, palmitate, thiamine hydrocholoride dan etc
Penerimaan badan-
Semulajadi: Bahan semulajadi amat mudah diterima dan diserap oleh badan kita juga selamat dan berkesan
Sintetik:
Bahan kimia tidak mudah diterima dan mudah ditolah menjadi toksin dalam
badan. Bila toksin banyak dalam badan, pelbagai penyakit akan timbul
Proses penghasilan-
Semulajadi:
dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil
intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan
vitamin C semulajadi diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam
buah limau dan menyingkirkan seratnya.
Sintetik:
dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri
seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik
(vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari
molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari
apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Kesan jangka panjang-
Semulajadi: tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Sintetik:
mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat
ketidakstabilan bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu
sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses
penghasilannya.
6. Boleh digunakan secara oral dan luaran (masker)
Atas sebab sumbernya yang semulajadi dan diproses tanpa sebarang bahan kimia dan pengawet, ianya boleh diambil secara meluas samada secara oral mahupun luaran.
Antara cara membuat masker vitamin c. Klik ini.
Cara ini lebih murah dan selamat berbanding membeli masker dipasaran.
Adakah Vitamin C shaklee berkesan?
Disini mama kongsikan beberapa testimoni sebagai bahan rujukan.
Testimoni Vitamin C- Jerawat kecut, kulit putih |
Testimoni Vitamin C - Jerawat kecut |
Testimoni Vit C - Tidak mengalami gastrik |
Testimoni Vit C - Kulit glowing, licin dan parut jerawat semakin pudar |
Testimoni Vitamin C - Hilang sakit tekak (Tingkatkan imuniti) |
Testimoni Vitamin C - Tidak berjangkit dengan sakit orang sekeliling (Tingkatkan imuniti)
Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Boleh contact Mama Ariana. Nak mudah WhatsApp je Klik link ini.
JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
MENGAPA SAYA?
Saya ialah Mama Ariana yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Mama agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Mama juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah.
Daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan 15-25%.
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, NUR IMAN EMPIRE (NIE) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Mama Ariana. Hubungi mama untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
|
Comments
Post a Comment